Ekonomi Turki akan dihancurkan - Utusan Malaysia

Ekonomi Turki akan dihancurkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON – Presiden Donald Trump memberi amaran bahawa Turki akan berdepan kehancuran ekonomi sekiranya negara itu bertindak menyerang pejuang Kurdis selepas tentera Amerika Syarikat (AS) berundur dari Syria.

Pada masa yang sama, Trump turut mengingatkan pejuang Kurdis agar tidak mencetuskan ‘provokasi’ terhadap Ankara.

“AS akan menghancurkan ekonomi Turki jika negara ber­kenaan menyerang pejuang Kur­dish tetapi begitu juga sebaliknya, jangan cuba cetuskan provokasi terhadap Ankara,” katanya dalam siri kenyataan menerusi laman Twitter.

Memuatkan artikel berkaitan…

Presiden AS itu turut menyeru supaya sebuah ‘zon selamat’ seluas 30 kilometer persegi diwujudkan, namun, tidak memperincikan tentang siapa yang akan membentuk, mengawal atau menanggung kos zon tersebut ataupun loka­sinya.

Operasi ketenteraan diketuai AS untuk menentang kumpulan militan Daesh di Syria diterajui gerila Pasukan Demokratik Syria (SDF) yang majoritinya dianggotai oleh pejuang Kurdis.

Ankara bagaimanapun menganggap Unit Pelindung Rakyat Kurdis (YPG) yang merupakan tulang belakang pakatan itu sebagai kumpulan pengganas. YPG, kata Ankara, dikaitkan dengan Parti Buruh Kurdistan (PKK) yang melancarkan serangan terhadap Turki sejak 10 tahun lalu.

Sementara itu, lebih 600 orang dipindahkan dari kubu terakhir militan Daesh di timur Syria Sabtu lalu, kata sebuah badan pemantau ketika pejuang SDF bersedia untuk melancarkan serangan terakhir di kawasan tersebut. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN