PORT DICKSON 26 Jan. – Kerajaan perlu memastikan perkembangan ekonomi digital tidak menguntungkan syarikat gergasi dan orang kaya semata-mata, sebaliknya mesti memberi manfaat besar kepada masyarakat luar bandar dan berpendapatan rendah. Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu boleh dicapai dengan memberi pendedahan menyeluruh dan mempromosi ekonomi tersebut termasuk kepada golongan nelayan dan petani untuk memajukan diri mereka. “Kerajaan harus peka dengan perkara itu dan memastikan kemudahan itu sampai ke kawasan desa pedalaman dan estet serta memastikan usahawan yang menggunakan teknologi komunikasi maklumat (ICT) mendapat manfaat.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya