Ee Yi-Yew Sin akur kehebatan beregu No.1 dunia - Utusan Malaysia

Ee Yi-Yew Sin akur kehebatan beregu No.1 dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Hasrat beregu lelaki negara, Teo Ee Yi-Ong Yew Sin untuk melakar kejutan ke atas pasangan Indonesia, Marcus Fernaldi Gideon-Kevin Sanjaya Sukamuljo tidak kesampian apabila tewas 15-21, 16-21 pada aksi final kejohanan badminton Malaysia Masters hari ini.

Berdepan beregu yang berada pada ranking No.1 dunia, Ee Yi-Yew Sin nyata bukan tandingan wakil Indonesia itu apabila diasak bertubi-tubi oleh Marcus Fernaldi-Kevin Sanjaya.

Marcus Fernaldi-Kevin Sanjaya membawa pulang pingat kejuaraan serta hadiah wang tunai AS$27,650 (RM113,710) sementara Ee Yi-Yew Sin menerima pingat serta wang tunai AS$13,300 (RM54,696). – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×