Dua suspek curi motosikal ditahan - Utusan Malaysia

Dua suspek curi motosikal ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKIT MERTAJAM 4 Jan. – Dua lelaki yang sedang asyik meleraikan motosikal yang dicuri mereka berjaya ditahan dalam satu serbuan di sebuah rumah di Permatang Rawa di sini semalam.

Tangkapan kedua-dua lelaki itu pada pukul 4 petang semalam juga dipercayai dapat menyelesaikan kes kecurian sebuah motosikal jenis Honda yang dilaporkan hilang di Permatang Pauh, Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah SPT, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Ab. Hamid berkata, semasa pihak polis menjalankan Ops Lejang semalam, kedua-dua suspek berusia 20 dan 21 tahun sedang meleraikan motosikal di rumah tersebut.

“Ketika soal siasat awal dijalankan suspek berusia 21 tahun telah mengaku terlibat dalam kegiatan mencuri motosikal.

ANTARA barangan yang dirampas pihak polis dalam satu serbuan di sebuah rumah yang menjadi lokasi sus
ANTARA barangan yang dirampas pihak polis dalam satu serbuan di sebuah rumah yang menjadi lokasi suspek kes curi motosikal meleraikan barangam berkenaan di Pematang Rawa, Pulau Pinang. – UTUSAN ONLINE/ Ihsan Polis

“Suspek berusia 20 tahun pula mengaku membantu meleraikan motosikal yang dicuri,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurut beliau antara barangan yang dirampas di lokasi kejadian ialah sebuah chasis motosikal jenis Honda EX5, sepasang rim beserta tayar, sebuah enjin motosikal jenis Honda EX5 dan lain-lain.

“Soal siasat secara intensif akan dilakukan setelah proses permohonan reman,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN