PUTRAJAYA 25 Jan.- Dua orang pengurus syarikat yang dipercayai berperanan sebagai dalang dalam mengatur penyelewengan projek-projek di sebuah kementerian direman enam hari. Majistret Shah Wira Abdul Halim membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk mereman kedua-dua suspek wanita itu selama enam hari bermula hari ini sehingga 30 Januari ini. Menurut sumber, SPRM telah menahan dua pengurus syarikat masing-masing berumur 41 dan 44 tahun itu kira-kira pukul 8 malam semalam di ibu pejabat SPRM ketika hadir memberi keterangan. Katanya, kedua-dua wanita itu dipercayai bersengkongkol bersama seorang lagi suspek utama bagi…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya