MANILA 27 Jan. – Sebanyak 27 orang terbunuh manakala 77 cedera dalam dua kejadian letupan bom di sebuah gereja di selatan Filipina hari ini hanya selepas enam hari referendum kerajaan Bangsamoro diadakan. Letupan pertama berlaku di dalam sebuah gereja di Jolo di kepulauan Sulu manakala insiden bom kedua berlaku di kawasan tempat letak kenderaan di luar premis berkenaan. Susulan kejadian itu, tujuh anggota tentera manakal selebihnya orang awam terkorban dalam kejadian berkenaan. Setakat ini, tiada pihak mengaku bertanggungjawab melancarkan serangan tersebut. -REUTERS
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya