Djokovic cemas sebelum mara - Utusan Malaysia

Djokovic cemas sebelum mara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELBOURNE 21 Jan. – Novak Djokovic melepaskan satu satu set buat kali kedua berturut-turut selepas melepasi cabaran sengit pilihan ke-15, Daniil Medvedev dari Rusia untuk melangkah ke suku akhir tenis Terbuka Australia, sebentar tadi.

Pemain No. 1 dunia dari Serbia itu menang 6-4, 6-7 (5/7), 6-2, 6-3, sekali gus menempah pertemuan dengan pilihan kelapan dari Jepun, Kei Nishikori.

Djokovic dan Medvedev masing-masing terpaksa mendapatkan rawatan selepas bertarung sengit selama 3 jam, 15 minit dalam pertarungan yang menyaksikan kedua-duanya bermain rali.

“Ia adalah pertarungan yang amat menguji fizikal.

“Daniil menunjukkan permainan yang hebat. Dia memiliki pukulan kilas yang bagus dan jarang melakukan kesilapan sendiri. Memang sukar hendak menewaskannya,” kata Djokovic, yang terpaksa menyelamatkan mata break di set ketiga, menentang lawan yang sembilan tahun lebih muda daripadanya.

Djokovic, 31, yang berada di landasan memburu rekod merangkul Terbuka Australia buat kali ketujuh perlu meningkatkan prestasi jika mahu menumpaskan Nishikori, pemain yang terkenal memiliki ketahanan tinggi. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN