KOTA BHARU 27 Jan. – Seorang wanita dihukum penjara sebulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas gagal membayar denda bagi kesalahan merokok di tempat letak kereta di sebuah pasar raya yang merupakan kawasan larangan merokok, dua tahun lalu. Terdahulu, Majistret Izzudin Mohd Shukri menjatuhkan hukuman denda RM1,000 atau sebulan penjara sekiranya gagal berbuat demikian selepas tertuduh Nor Faezah Hamzah, 34, mengaku bersalah terhadap pertuduhan. Dia bagaimanapun gagal membayar denda itu dan perlu menjalani hukuman penjara tersebut bermula hari ini. Mengikut pertuduhan, wanita itu didakwa merokok di kawasan larangan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya