KUALA LUMPUR 1 Jan. – Pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW) mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meningkatkan pemantauan terhadap sebarang pemberian kontrak kerja kerajaan bagi mengelakkan berlakunya penyelewengan. Ini susulan daripada kenyataan Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman yang mencadangkan agar ketua-ketua bahagian dan ketua-ketua cawangan partinya turut diberikan projek kerajaan. JAIS ABDUL KARIM Presiden MCW, Jais Abdul Karim berkata,…










