‘Derasnya seperti air sungai’ - Utusan Malaysia

‘Derasnya seperti air sungai’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 7 Jan. – Setiap tahun Lebuhraya Sungai Besi (Besraya) berhadapan stesen Keretapi Tanah Melayu (KTM) Serdang dekat sini pasti akan bertukar menjadi sebatang sungai yang keruh dan mengalir deras apabila berlakunya banjir kilat.

Kejadian banjir kilat itu bukan sahaja menyebabkan kesesakan teruk selama hampir satu jam di kedua-dua arah sebelum surut sepenuhnya.

Turut terkesan pemilik pre­mis bersebelahan lebuh raya berkenaan kerana air masuk ke dalam kedai.

Pengerusi Persatuan Penduduk Bluwater Estate, Ng Chai Heng, 54, berkata, setiap kali hujan lebat hampir 45 minit, kawasan itu akan dilanda banjir kilat dan hanya surut selepas satu jam.

Menurutnya, kejadian itu berpunca daripada kolam tadahan yang dibina pemaju seluas 0.4 hektar di Bluwater Estate, Seri Kembangan dekat sini tidak lagi mampu menampung jumlah air apabila hujan.

“Lebih memburukkan ke­a-daan apabila kolam berkenaan dipenuhi semak-samun, selain sampah sarah sehingga menyebabkan air melimpah keluar ke jalan raya.

“Keadaan ini bukan sahaja menyebabkan kedua-dua laluan di lebuh raya itu sesak teruk dan banyak kenderaan terperangkap.

“Malah, kira-kira empat tahun lalu, air tadahan itu turut mengalir ke pusat beli-belah The Mines, Seri Kembangan dekat sini sehingga mencecah paras paha,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

Chai Heng berkata, akibat banjir itu juga penduduk di kawasan perumahan berhampiran turut terjejas kerana kolam itu terletak berdekatan dengan rumah mereka.

“Penduduk sangat bimbang kerana air tadahan itu mengalir hampir ke permukaan pintu rumah,” katanya.

Tambahnya, sejak banjir kilat itu berlaku tiada kerja-kerja baik pulih dijalankan oleh pemaju kerana difahamkan mereka dalam likuidasi atau muflis dan pihaknya berharap kerajaan dapat campur tangan dan mengambil tindakan tegas ke atas pemaju dalam menangani isu ini.

Turut berkongsi rasa kecewa, pengurus restoran 24 jam, Zubir Ahmad, 31, .

Beliau berkata, pihak berwajib perlu menyelesaikan isu tersebut dengan segera bagi mengelakkan banjir kilat berulang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN