JOHOR BAHRU 19 Jan. – Persatuan Usahawan India Muslim Negeri Johor (Perusim) berharap pihak berkuasa akan mendedahkan nama restoran mamak yang terlibat dalam operasi mereka supaya umum mengetahuinya dan pada masa sama restoran mamak lain tidak dipandang serong atau diragui. Setiausahanya, Hussien Ibrahim berkata, penggunaan restoran mamak secara umum memberi implikasi negatif kepada pihak yang tidak terlibat. “Sejak kebelakangan ini, persepsi masyarakat terhadap restoran mamak dipandang serong akibat beberapa isu…










