Dapur, stor restoran KFC terbakar - Utusan Malaysia

Dapur, stor restoran KFC terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN 7 Jan. – Dapur dan stor tempat penyimpanan kotak restoran makanan segera, Kentucky Fried Chicken (KFC) di City Park dekat sini terbakar kira-kira pukul 10 pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kebakaran itu pada pukul 10.50 pagi.

“Seramai tiga pegawai dan 14 anggota bersama beberapa buah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Seremban 2 dikerahkan memberi bantuan.

 “Mereka tiba di lokasi kejadian dalam tempoh seminit dan berjaya memadamkan sepenuhnya kebakaran 30 minit kemudian,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Ahmad Mukhlis berkata, tiada pelanggan dalam premis tersebut semasa kejadian dan seramai 10 pekerja restoran itu tidak mengalami sebarang kecederaan. 

Menurut beliau, jumlah kerugian dan punca kebakaran tersebut masih dalam siasatan. 

“Restoran ini diarahkan tutup buat sementara waktu sehingga siasatan selesai,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN