KUALA LUMPUR 16 Jan. – Tindakan seorang kru kabin mencari ‘duit tepi’ dengan menyeludup dadah untuk sebuah sindiket yang sangat dikehendaki di Australia memakan diri apabila dia dicekup ketika cuba melepasi pemeriksaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Melbourne, minggu lalu. Difahamkan, kru kabin Malindo Air berusia 38 tahun tersebut turut ditahan bersama seorang lagi warga Malaysia yang sama-sama mengikat pelbagai jenis dadah di badan mereka ketika serbuan dijalankan Polis Persekutuan Australia…










