TAWAU 9 Jan. – Usaha seorang juragan menyusup keluar bersama empat individu ke Filipina serta menyeludup 17 tong gas memasak dan 60 tong jerikin berisi minyak petrol, gagal selepas ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di perairan Kinabutan di sini, malam tadi. Pengarah Zon Maritim Tawau, Kepten Maritim Romli Mustafa berkata pihaknya yang menjalankan rondaan di sekitar kawasan tanggungjawab mengesan sebuah bot pam mencurigakan sebelum ditahan pada pukul 8.45 malam. “Pemeriksaan mendapati juragan membawa empat penumpang yang juga sepasang suami isteri bersama dua anak perempuan dipercayai menuju keluar ke Filipina…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya