MANCHESTER 27 Jan. – Manchester City meneruskan rentak kecemerlangan mereka apabila membelasah Burnley 5-0 dalam pusingan keempat Piala FA dan meledak 30 gol dan mencatat tujuh kemenangan berturut-turut dalam tiga kejohanan berbeza. Satu lagi kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Wolves mencatat keputusan seri 2-2 menentang Shrewsbury Town manakala Newport County terikat 1-1 bertemu Middlesbrough. City membuka tirai jaringan pada minit ke-23 hasil percubaan Gabriel Jesus sebelum menambah empat lagi gol menerusi Bernardo Silva, Kevin De Bruyne dan Sergio Aguero dengan satu gol sendiri berpunca daripada kesilapan Kevin Long. Kemenangan tersebut…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya