MILAN 27 Jan. – Pertahanan Southampton, Cedric Soares menyertai kelab Itali, Inter Milan secara pinjaman dengan pilihan untuk dibeli selepas kedua-dua kelab tersebut mengesahkan perkara tersebut. Pemain kebangsaan Portugal berusia 27 tahun itu sudah beraksi lebih daripada 100 perlawanan dan menjaringkan dua gol sejak beraksi di Liga Perdana Inggeris (EPL) pada 2015. “Cedric Soares menjadi pemain terbaharu menyertai Inter. Pertahanan berusia 27 tahun itu menyertai Nerazzurri secara pinjaman dari Southampton dengan pilihan untuk dibeli secara kekal,” kata Inter. – AFP
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya