KUALA LUMPUR 23 Jan. – Taktik menjadikan sebuah pejabat sebagai pusat panggilan (calling centre) mencari kaki judi dalam talian terbongkar apabila polis menahan 92 individu termasuk tujuh wanita warga China di Jalan Bukit Bintang, kelmarin. Dalam serbuan pukul 1.30 petang itu, kesemua individu berusia 17 hingga 49 tahun itu ditahan oleh pasukan pegawai dan anggota Bahagian Anti Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur…










