Keindahan tema The Universe yang mewarnai majlis resepsi perkahwinan Dr. Farid Razali dan pasangannya, Dr. Fazliana Abd. Rashid di sebuah hotel di ibu kota baru-baru ini ternyata memukau tetamu. Hasil sentuhan syarikat perunding perkahwinan, Rekateemor itu berjaya mencuri tumpuan setiap tetamu yang hadir. Memiliki nama yang gah dalam dekorasi majlis perkahwinan, Rekateemor pernah menjadi sebutan ramai lantaran tema kayangan yang digubah untuk majlis perkahwinan selebriti terkenal tanah air, Fattah Amin…










