Bob Manolan nafi keluar kenyataan pecat jika tak sokong PH - Utusan Malaysia

Bob Manolan nafi keluar kenyataan pecat jika tak sokong PH

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIPIS 11 Jan. – Senator PKR, Bob Manolan Mohd. menafikan beliau mengeluarkan kenyataan bahawa mana-mana ketua kampung Orang Asli atau Tok Batin di Cameron Highlands akan kehilangan jawatan sekiranya tidak mengundi Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi itu pada 26 Januari ini.

Beliau menjelaskan kenyataan yang dibuat dalam satu sesi dialog di Pos Betau berkenaan disalah tafsir oleh wartawan portal media berkenaan.

“Salah tafsir tu, mana boleh saya pecat Tok Batin. Mana ada saya cakap macam itu dan saya telah membuat kenyataan bagi menafikannya.

“Saya cuma cakap mana-mana Tok Batin yang juga Ketua Cawangan UMNO yang tidak mahu bekerjasama membangunkan masyarakat bersama kerajaan Persekutuan perlu meletak jawatan,” katanya di sini hari ini.

Hari ini, sebuah portal berita melaporkan ketua-ketua kampung Orang Asli atau Tok Batin di Cameron Highlands mungkin kehilangan gaji dan jawatan mereka jika tidak mengundi kerajaan Persekutuan pada PRK tersebut.

Amaran itu dinyatakan Bob Manolan pada sesi dialog dengan Tok-tok Batin di kubu BN di Pos Betau, Jelai pagi ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN