LIPIS 16 Jan. – Jentera Barisan Nasional (BN) diingatkan supaya tidak berbalah sesama sendiri sebaliknya fokus berhadapan dengan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands. Bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, semua jentera perlu memberikan tumpuan kepada PRK itu bagi memastikan kemenangan calon BN. “Saya mengingatkan jentera kita jangan ambil mudah, cukup-cukuplah kita berbalah sesama kita sekarang. Kita ada agenda lebih besar dan kita tahu ini…









