BISIK-BISIK AWANG SELAMAT - 24 JANUARI 2019 - Utusan Malaysia

BISIK-BISIK AWANG SELAMAT – 24 JANUARI 2019

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEBENARNYA bercakap memang mudah tetapi untuk melaksanakannya belum tentu berjaya. Apatah lagi apabila kita sudah ada kuasa dan kedudukan. Sebab itulah Awang hanya tersenyum apabila melihat ahli-ahli politik kerajaan ‘bertungkus lumus’ cuba mengelakkan diri daripada melanggar janji-janji mereka.

Itulah yang boleh Awang simpulkan apabila mendengar pelbagai cerita mengenai kempen pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands yang akan berakhir malam esok. Terlalu banyak gelagat pemimpin-pemimpin kerajaan yang kadang-kala melucukan.

Antaranya termasuklah ada pemimpin kerajaan yang menyebarkan gambar mereka mengisi minyak dan menggunakan kenderaan sendiri berkempen serta ada pula menjarakkan diri daripada pengawal peribadi ketika turun ke Cameron Highlands.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kadang-kala Awang terfikir perlukah buat janji yang semata-mata untuk menunjukkan kononnya kita lebih baik daripada pemimpin kerajaan terdahulu atau ahli politik pembangkang semata-mata untuk meraih undi?

Bagi Awang, semua itu tidak penting. Apa yang lebih utama adakah janji-janji sepanjang kempen PRK itu akan dilaksanakan atau ia akan ‘ke laut’ seperti mana manifesto Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14)?

Tidak kisahlah apapun gelagat yang mahu ditonjolkan oleh ahli-ahli politik tetapi jangan beri harapan palsu kepada rakyat. Lagi pula sejak PRU-14, rakyat kian bijak menilai situasi politik negara termasuklah dalam membuat penilaian terhadap sesebuah parti.

AWANG – Tunggu hari mengundi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×