Belanda tawar khidmat nasihat undang-undang percuma - Utusan Malaysia

Belanda tawar khidmat nasihat undang-undang percuma

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

THE HAGUE 8 Jan. – Belanda akan memberikan khidmat nasihat undang-undang percuma kepada keluarga mangsa pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang ditembak jatuh di Ukraine lima tahun lalu, untuk menuntut pampasan.

Menteri Kehakiman, Ferd Grapperhaus juga menjelaskan, siasatan bersama berhubung insiden berkenaan hampir selesai.

Pesawat terbabit membawa 298 penumpang, kebanyakan warga Belanda ditembak jatuh pada 17 Julai 2014 di wilayah yang dikuasai pemisah pro-Rusia.

Lembaga Keselamatan Belanda (DSB) sebelum ini mengesahkan pesawat itu ditembak jatuh dengan pelancar peluru berpandu darat ke udara BUK ketika penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.

Pada Mei tahun lalu, Belanda dan Australia mendakwa Rusia terlibat dalam tragedi itu.

“Bantuan nasihat undang-undang sedang diaturkan untuk keluarga mangsa yang mahu kes itu dibawa ke mahkamah.

“Laporan siasatan mengenai insiden itu akan dilengkapkan tahun depan,” jelas Grapperhaus dalam surat kepada Parlimen.

Media tempatan melaporkan, perbicaraan dijangka bermula dalam tempoh lima tahun akan datang di The Hague.

Dalam perkembangan lain, Foxnews yang memetik The West Australian melaporkan, serpihan pesawat yang ditemukan di kepulauan Madagascar pada Ogos lalu, kemungkinan besar milik pesawat MH370 yang hilang secara mis­ter­i pada 2014. – afp/agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN