SHAH ALAM 24 Jan. – Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari DAP, Loh Chee Heng, 41, didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan mengemukakan tuntutan palsu berjumlah RM33,380 bagi program kemasyarakatan, empat tahun lalu. Chee Heng bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan tersebut dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Mohd. Sabri Ismail. Mengikut pertuduhan pertama, dia yang ketika itu ADUN Telok Datok didakwa menggunakan dokumen Kelulusan Pengeluaran Peruntukkan…










