KUALA LUMPUR 13 Jan. – Gangguan bekalan air di beberapa kawasan di ibu negara telah pulih bermula hari ini. Perkara tersebut dimaklumkan Ketua Jabatan Perhubungan Pelanggan dan Komunikasi Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd., Abdul Raof Ahmad dalam satu kenyataan di sini hari ini. “Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas), ahli kumpulan Air Selangor, ingin memaklumkan pelanggannya bahawa bekalan air di Pusat Bandaraya Kuala Lumpur dan kawasan-kawasan sekitarnya telah pulih. “Kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pelanggan terlibat atas kerjasama dan kesabaran ketika gangguan bekalan sementara tersebut,” katanya. Gangguan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya