ISTANBUL 20 Jan. – Tiga orang maut manakala kira-kira 20 yang lain cedera selepas sebuah bom yang dipasang pada sebuah bas awam meletup di barat laut Afrin, Syria hari ini.
Letupan itu berlaku pada ulang tahun pertama operasi `Olive Branch’ dilancarkan untuk menyingkirkan kumpulan militan Unit Perlindungan Rakyat (YPG) dari wilayah Afrin.
Bagaimanapun, tiada kumpulan yang mendakwa bertanggungjawab atas serangan tersebut. -Reuters










