PUTRAJAYA – Bantuan Awal Persekolahan (BAP) 2019 sebanyak RM312 juta akan mula disalurkan esok bagi memanfaatkan lebih 3 juta pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah di seluruh negara. Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik berkata, peruntukan itu melibatkan seramai 3,121,774 orang pelajar Tahun 1 hingga Tingkatan 5 di 10,175 buah Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan. Menurutnya, sebanyak RM16 juta lagi diperuntukkan untuk Sekolah Agama Rakyat dan Sekolah Agama Negeri yang diuruskan…










