PUTRAJAYA – Bantuan Awal Persekolahan (BAP) 2019 sebanyak RM312 juta akan mula disalurkan esok bagi memanfaatkan lebih 3 juta pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah di seluruh negara. Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik berkata, peruntukan itu melibatkan seramai 3,121,774 orang pelajar Tahun 1 hingga Tingkatan 5 di 10,175 buah Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan. Menurutnya, sebanyak RM16 juta lagi diperuntukkan untuk Sekolah Agama Rakyat dan Sekolah Agama Negeri yang diuruskan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) serta sekolah swasta yang berdaftar dengan Bahagian Pendidikan Swasta. “Kementerian akan menyalurkan peruntukan itu…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya