JAGUH pecut negara, Azizulhasni Awang berpeluang besar untuk kembali berada di kedudukan No. 1 dunia bagi acara keirin apabila dijadualkan beraksi pada Kejuaraan Berbasikal Asia (ACC) 2019 di Jakarta, Indonesia yang membuka tirainya hari ini. Ketika ini, bekas juara dunia 2017 itu mengumpul 2,445 mata dengan berada di tangga kedua dunia dan hanya dibezakan 55 mata di belakang Matthew Glaetzer dari Australia. Pentas ACC menawarkan mata berganda untuk para pelumba…










