Axelsen enggan letak harapan - Utusan Malaysia

Axelsen enggan letak harapan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JUARA dunia 2018, Viktor Axel­sen dari Denmark tidak yakin dapat menakluk kejohanan badminton Malaysia Masters 2019 biarpun musuh tradisinya, Datuk Lee Chong Wei serta Lin Dan tidak mengambil bahagian pada saingan yang membuka tirainya di Axiata Arena Bukit Jalil, Kuala Lumpur hari ini.

AXELSEN enggan mendabik dada mengenai peluangnya pada kejohanan badminton Malaysia Masters yang membuka tirai di Arena Axiata Bukit Jalil, Kuala Lumpur hari ini.

Pemain berusia 25 tahun itu berkata, dia hanya mahu memberi fokus untuk mengembalikan prestasinya yang semakin menurun ekoran kecederaan kaki sejak Oktober tahun lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Tambahnya, kecederaan yang berlaku itu turut menyebabkan dirinya terlepas beberapa kejohanan pen­ting sekali gus gagal mene­mui rentak sebenarnya di dalam gelanggang.

“Sekarang ini saya perlu lupakan segala masalah yang berlaku pada 2018 dan fokus pada aksi tahun ini.

“Walaupun mereka (Chong Wei dan Lin Dan) tiada, namun masih ramai pemain yang bagus di sini kerana hampir semua pemain handalan dunia berada di sini.

“Kalau dilihat kepada keputusan beberapa per­tandingan saya sebelum ini, jelas sekali saya bukan calon terbaik untuk menjadi juara,” katanya ketika ditemui di Axiata Arena, Bukit Jalil semalam.

Bekas pemain No. 1 dunia itu akan memulakan aksi pertama menentang pemain Jepun, Kazumasa Sakai Rabu ini.

Sekiranya Axelsen menjuarai aksi tersebut, dia dijadualkan menentang pilihan utama dari Jepun, Kento Momota.

Dalam perkembangan lain, pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia berkeyakinan tinggi untuk melakarkan kejutan di laman sendiri.

Pada masa sama, dia percaya pemain muda lain juga mampu mencipta pencapaian yang membanggakan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN