APM pantau ribut tropika Pabuk di Pantai Merdeka - Utusan Malaysia

APM pantau ribut tropika Pabuk di Pantai Merdeka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI 4 Jan. – Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Kuala Muda membuat pemantauan ribut Tropika Pabuk di kawasan Pantai Merdeka dan sekitarnya, di sini hari ini.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kuala Muda, Kapten (PA) Azahar Ahmad berkata, pemantauan oleh 10 anggotanya itu adalah sebagai langkah berjaga-jaga.

Katanya, apatah lagi kawasan tersebut pernah dilanda tsunami pada 2004.

“Pemantauan dilakukan menerusi menara pemantau. Saya dengan dibantu oleh Timbalan Pegawai APM Daerah Kuala Muda, Leftenan (PA) Zakiyah Md. Akhir sama-sama turun padang membuat pemantauan setelah mengesan ombak luar biasa di kawasan ini,” katanya ketika ditemui.

Azahar menambah, pihaknya berpuas hati dengan kerjasama diberikan oleh pelbagai agensi kerajaan yang bersama-sama melakukan pemantauan berkenaan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×