MANA satu yang betul? Kontrak China Communication Construction Company Ltd (CCCC) bagi projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) batal atau tidak? Rakyat juga tertanya-tanya. Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali semalam mengeluarkan kenyataan bahawa kontrak itu batal manakala Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berasa terkejut dan mendakwa Mohamed Azmin mungkin tidak dimaklumkan dengan perkembangan projek terkini kerajaan. Kedua-dua mereka berada di bawah satu bumbung, tetapi jelas menunjukkan…










