PORT DICKSON 26 Jan. – Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan calon Pakatan Harapan (PH) supaya sentiasa mematuhi peraturan semasa bertanding dalam mana-mana pilihan raya. Presiden PKR itu berharap kesilapan calon PH, M. Manogaran memakai baju yang terdapat logo parti semasa memasuki pusat mengundi semasa Pilihan Raya Kecil Cameron Highlands hari ini tidak berulang pada masa akan datang. “Saya semasa jadi calon (di Port Dickson) pakai logo kecil parti, apabila sedar perkara itu saya tukar pakaian. “Kita terima kasih kepada Manogaran kerana cepat tukar pakaiannya. Ini peraturan-peraturan yang kita harus patuhi…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya