GUA MUSANG 23 Jan. – Seramai 101 pelajar Orang Asli dari 15 kampung di lima pos pedalaman daerah ini dibawa menaiki helikopter Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) untuk ke sekolah bermula hari ini. Komander Pasukan Khas Unit Udara JBPM Subang, Penguasa Bomba Cik Hamdan Hamzah berkata, sebanyak dua helikopter digunakan untuk mengangkut pelajar yang masih belum memulakan sesi persekolahan kerana terputus perhubungan jalan balak. Katanya, sebanyak dua…










