KUALA TERENGGANU – Keadaan cuaca di Terengganu hari ini semakin pulih dan Jabatan Meteorologi Malaysia menarik balik amaran angin kencang dan laut bergelora di kawasan perairan Terangganu. Ketua Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri Lt Kol Che Adam A Rahman berkata, Terengganu tidak lagi menerima impak daripada ribut tropika Pabuk kerana dilapor menuju ke Teluk Benggala di Asia Selatan. Amaran cuaca buruk (peringkat waspada) oleh Jabatan Meteorologi Malaysia juga ditamatkan pada pukul 10 pagi ini, katanya kepada pemberita di sini hari ini. Pada Rabu dan Khamis, beberapa kawasan di Terengganu dibadai angin…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya