SHAH ALAM – Ahli Dewan Undangan (ADUN) Semenyih, Bakhtiar Mohd. Nor, 56, yang meninggal dunia akibat serangan penyakit jantung pagi tadi disifatkan sebagai seorang wakil rakyat yang prihatin. Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, Allahyarham Bakhtiar juga giat dalam memperjuangkan nasib penduduk kawasan Semenyih. “Semasa hayatnya, Allahyarham sering meluangkan masa berbincang dengan saya dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri mengenai inisiatif bagi penduduk kawasan Semenyih. “Di peringkat Dewan Undangan Negeri Selangor, Allahyarham merupakan anggota Jawatankuasa Pilihan Pihak Berkuasa Tempatan (JP-PBT),” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. Jelas Amirudin, Allahyarham Bakhtiar…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya