KUALA LUMPUR 19 Jan. – AirAsia menafikan dakwaan berhubung Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Tony Fernandes telah melancarkan sebuah platform teknologi kewangan baharu yang dikenali sebagai Crypto Revolt. Syarikat penerbangan itu berkata, semua pihak diminta untuk mengabaikan kandungan palsu tersebut dan merujuk kepada saluran media sosial rasmi AirAsia yang sah. “AirAsia menyedari tentang kandungan di media sosial mengenai pelancaran Crypto Revolt namun, perkara itu adalah tidak benar. “Kami ingin menasihatkan kepada orang ramai untuk merujuk saluran media AirAsia yang sah iaitu di Twitter (twitter.com/AirAsia), Facebook (facebook.com/AirAsia) dan Instagram (instagram.com/AirAsia) untuk sebarang…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya