SHAH ALAM – Ahli Dewan Undangan (ADUN) Semenyih, Bakhtiar Mohd. Nor, 57 meninggal dunia di Hospital Kajang, awal pagi ini. Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Borhan Aman Shah berkata, Allahyarham meninggal dunia akibat serangan penyakit jantung pukul 4.45 pagi tadi. Katanya, jenazah Allahyarham akan dibawa pulang ke rumah keluarganya di Semenyih dan akan disembahyangkan sejurus selepas solat Jumaat di Masjid Kampung Pasir, Semenyih. “Jenazah akan disemadikan di Tanah Perkuburan Kampung Pasir. “Takziah kepada keluarga Allahyarham Bakhtiar. Saya berdoa semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat Allah swt dan ditempatkan di kalangan golongan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya