KUALA TERENGGANU 29 Jan. – Sebanyak 59 daripada 88 kawasan merah yang dikenal pasti kawasan berisiko tinggi pemasalahan dadah di seluruh negara akan dipulihkan menjelang akhir tahun ini. Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Zulkifli Abdullah berkata, pelbagai usaha akan digerakkan dengan memberi tumpuan kepada tiga kawasan berisiko tinggi dadah iaitu di perumahan rakyat, perladangan dan persekitaran nelayan. “Sekarang ini ada 88 kawasan merah daripada keseluruhan 178 yang dikesan tahun lalu, banyak …










