68 terbunuh dibadai ribut Usman - Utusan Malaysia

68 terbunuh dibadai ribut Usman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANILA 31 Dis. – Filipina melangkah ke tahun baharu 2019 dengan berita duka apabila jumlah korban ribut tropika Usman yang melanda timur negara itu selepas sambutan Krismas me­ningkat kepada 68 orang. Menurut pihak berkuasa ke­selamatan, angka itu dijangka terus bertambah dalam waktu terdekat. Seramai 57 orang terbunuh di wilayah Bicol di tenggara Manila manakala 11 lagi maut di Pulau Samar akibat tanah runtuh dan lemas dalam banjir. Pengarah Pertahanan Awam Bicol, Claudio Yucot berkata, jumlah korban berkemungkinan naik kerana masih banyak kawasan yang terjejas akibat Usman belum dapat dimasuki petugas…

 

Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN