3 Maut ditembak di pusat permainan bowling - Utusan Malaysia

3 Maut ditembak di pusat permainan bowling

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON 5 Jan. – Tiga mati ditembak manakala empat lagi cedera dalam pergaduhan antara dua kumpulan di sebuah pusat permainan bowling di California, di sini malam tadi.

Polis Torrance memberitahu, ketiga-tiga lelaki itu mati di pusat permainan Gable House Bowl manakala empat lagi dikejarkan ke hospital berhampiran untuk menerima rawatan.

Berdasarkan siasatan awal, insiden itu dikatakan berlaku antara dua kumpulan yang berpunca ekoran salah faham. – AP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN