AMSTERDAM 4 Jan. – Sejumlah sisa pelbagai jenis barangan termasuk bahan kimia dihanyutkan ke beberapa kawasan pulau di pantai utara Belanda selepas kira-kira 270 kontena terjatuh dari kapal ketika ribut dalam satu kejadian, baru-baru ini. BBC melaporkan, pencemaran tersebut berlaku sehingga ke pulau Terschelling menyebabkan pasukan pengawal pantai mencari sebahagian lagi kontena yang hilang. Kesemua kargo tersebut terjatuh berhampiran pulau Borkum, Jerman dan dihanyutkan ke pelbagai kawasan. Beberapa imej menunjukkan…










