18 pengerusi MPKK Terengganu kaum Cina - Utusan Malaysia

18 pengerusi MPKK Terengganu kaum Cina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU 20 Jan. – Pelantikan 18 pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) di kalangan masyarakat Tionghua membuktikan kerajaan Pas Terengganu tidak meminggirkan masyarakat bukan Islam dalam pembangunan negeri ini. 


Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr. Azman Ibrahim berkata, kerajaan negeri sentiasa memberi peluang dan ruang kepada semua kaum untuk bersama-sama terlibat dalam memimpin dan membangunkan negeri selaras hasrat menjadikan Terengganu Maju, Berkat dan Sejahtera menjelang 2030.


Katanya, kesemua 18 pemimpin Tionghua itu merupakan antara 1,044 pengerusi MPKK yang dilantik di seluruh negeri. 


“Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandar mendahului dengan sebanyak 14 MPKK dipimpin kaum Cina manakala DUN Sura (dua) dan masing-masing satu bagi DUN Cukai dan Tepoh. 


“Negeri ini milik dan tanggungjawab kita bersama jadi kita perlu pelihara dan laksanakan amanah kepimpinan sebaiknya. Dengan Islam yang menjadi dasar perjuangan Pas, semua kaum dijamin hak dan keadilan,” katanya di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE


Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN