1,000 kopiah, 300 baju untuk orang Islam di Kemboja - Utusan Malaysia

1,000 kopiah, 300 baju untuk orang Islam di Kemboja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 10 Jan. – Sebuah syarikat pemborong pakaian Muslim hari ini telah menyumbangkan lebih 1,000 kopiah dan 300 helai baju kurta bagi kegunaan masyarakat Islam di Kemboja.

Pengurus Syarikat Pemborong Pakaian Sarah, Fikri Nasrun berkata, sumbangan tersebut diberikan menerusi Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Antarabangsa dalam usaha membantu masyarakat Islam yang kurang berkemampuan.

Selain itu katanya, sumbangan berkenaan turut di berikan demi meningkatkan imej Malaysia di peringkat antarabangsa terutama dalam aspek sosial.

“Kita telah melihat kesungguhan NGO menyumbang bakti selama 20 tahun kepada umat Islam di Kemboja.

“Tugas ini bukanlah sesuatu yang mudah, sebaliknya amat mencabar. Saya kagum dengan semangat kental NGO berkenaan dan berharap ia dapat menjadi inspirasi serta rujukan kepada golongan muda,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Sumbangan disampaikan kepada Ketua NGO Antarabangsa, Datuk Dr. Mustapha Ahmad Marican.

Tambah Fikri, pihaknya merancang untuk memberi sumbangan seterusnya dalam pelbagai bentuk barangan pada masa hadapan bagi kegunaan masyarakat Islam di sana.

Dalam pada itu, Mustapha berkata, ini merupakan kali pertama pihaknya menerima sumbangan tersebut untuk diberikan kepada masyarakat Islam di Kemboja. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN