KUALA LUMPUR 25 Jan. – Sejumlah 1.165 juta rekod data mahasiswa yang berdaftar dengan Universiti Teknologi Mara (UiTM) bagi pelbagai kursus antara tahun 2000 dan 2018 didapati telah dibocorkan dalam talian.
Turut terlibat maklumat data para mahasiswa yang berdaftar dengan kolej-kolej luar yang mendapat akreditasi UiTM seperti Inpens, Kolej Yayasan Terengganu, Kolej Yayasan Pelajaran Johor, Institut Yayasan Bumiputera Pulau Pinang, Kolej UNITI, Kolej Chermai Jaya, Kolej Lagenda Langkawi and Institut Teknologi Perak.
“Butiran peribadi yang dibocorkan termasuk kad identiti pelajar, nama pelajar, nombor Mykad, alamat rumah, alamat e-mel, kod kampus, nama kampus. kod program. peringkat pengajian dan juga nombor telefon bimbit,” menurut portal itu.

Tambah lowyat.net, berdasarkan sumber yang diperoleh, kebocoran maklumat itu berlaku sekitar bulan Februari dan Mac tahun lalu dan UiTM dikatakan menyedari masalah berkenaan, namun, belum mengeluarkan sebarang kenyataan.
Malah, berdasarkan pemeriksaan dan penilaian data oleh pihaknya, ia diyakini bahawa data maklumat berkenaan tidak dibocorkan daripada mana-mana perkhidmatan dalam talian UiTM.
“Ia berkemungkinan diperoleh menerusi kelemahan keselamatan dalam talian,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE










