Zionis tipu kes tembak mati OKU - Utusan Malaysia

Zionis tipu kes tembak mati OKU

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEBING BARAT 13 Dis. – TENTERA Israel didakwa me­nipu selepas bertindak kejam dengan menembak mati seorang pemuda Palestin orang kurang upaya (OKU) dari jarak 80 meter dalam satu kejadian di sini pada awal bulan ini.

RT News yang memetik satu ra­kaman video menunjukkan Mohammed Habali, 22, maut selepas ditembak di bahagian belakang kepala oleh tentera Israel di bandar Tulkarm, di sini.

Tindakan itu sekali gus meno­lak dakwaan tentera Israel sebelum ini yang menyatakan Mo­hammed terbunuh dalam per­tempuran.

Video tersebut didedahkan oleh kumpulan hak asasi manusia Israel, B’Tselem, semalam.

Sebelum itu, tentera Israel me­maklumkan mereka mele­pas­kan tembakan kerana ingin menyuraikan pertempuran ganas yang berlaku di kawasan ter­babit, selain mendakwa mereka dibaling batu ketika melalui ban­dar tersebut.

Namun, video yang mengan­dungi sejumlah rakaman daripada beberapa kamera litar tertutup (CCTV) berbeza menunjukkan Mohammed sebenarnya maut kerana ditembak anggota tentera Israel.

Jelas kumpulan tersebut, vi­deo itu secara jelas menunjukkan tiada sebarang pertempuran berlaku antara penduduk de­ngan pasukan tentera Israel di lokasi Mohammed ditembak.

Satu rakaman video pendek yang disiarkan oleh stesen tele­visyen tempatan menunjukkan Mohammed yang mengalami ke­cacatan mental dan fizikal menggunakan sebatang kayu untuk membantunya berjalan.

Pemuda itu kemudiannya ber­atur untuk memasuki sebu­ah restoran bersama beberapa orang lain dan tidak lama selepas itu, orang ramai yang berada di lokasi kejadian tiba-tiba melarikan diri.

Kejadian itu berlaku apabila seorang pegawai dan dua tentera Israel yang berada pada jarak 80 meter daripada premis berke­naan melepaskan empat atau li­ma das tembakan ke arah mereka.

Orang ramai yang panik cuba melarikan diri dan Mohammed terkena tembakan di bahagian be­lakang kepalanya sebelum rebah.

Kira-kira tiga minit selepas insiden tembakan itu, tiga anggota ten­tera berkenaan menyertai pa­­sukan mereka dan meninggal­kan Mohammed yang cedera pa­rah tanpa menghulurkan seba­rang bantuan kecemasan.

Selain itu, seorang lelaki turut mengalami kecederaan di kaki dalam insiden tersebut.

Mohammed kemudiannya di­bawa ke sebuah hospital berhampiran namun disahkan me­ninggal dunia dan kes tersebut menyaksikan sudah beberapa kali tentera Israel menembak penduduk Palestin yang tidak bersenjata.

Dalam kes berasingan, seorang penduduk Palestin yang didakwa membunuh dua penduduk Israel pada Oktober lalu ditembak mati oleh tentera rejim Zionis dalam satu operasi di sini hari ini.

Dua lagi penduduk Palestin yang didakwa menikam dua anggota polis Israel di Baitulmuqaddis kelmarin, turut ditembak mati oleh tentera Israel. – AGENSI/AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×