KUALA LUMPUR 26 Dis. – Topik mengenai warkah atau penulisan surat terus mendapat perhatian. Terkini, Mufti Perlis Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin turut mencoret mengenai warkah paling ringkas yang pernah ditulis dalam sejarah namun memberi kesan yang amat mendalam. Dr. Mohd. Asri menjelaskan warkah berkenaan ditulis oleh komander tentera Islam yang hebat Khalid bin al-Walid yang diutuskan kepada seorang panglima perang, ‘Iyadh bin Ghanam al-Fihri. Menurut beliau, seperti yang diriwayatkan oleh al-Imam Ibn Kathir dalam al-Bidayah wa al-Nihayah, selepas Peperangan ‘Ain al-Tamr, Khalid mengutuskan surat kepada ‘Iyadh meminta bantuan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya