BERMEJO, Bolivia 26 Dis. – Seorang wanita warga Argentina yang dipercayai diculik sejak 32 tahun lalu oleh sindiket pemerdagangan manusia disatukan semula dengan keluarganya, baru-baru ini. BBC melaporkan, penyatuan itu dilakukan selepas polis Argentina dan Bolivia bekerjasama menyelamatkan wanita berkenaan. Lokasi wanita tersebut yang kini berusia 45 tahun tidak dapat dikesan sehingga awal tahun ini selepas polis menerima laporan bahawa dia berada di Bermijo, selatan Bolivia. Pasukan polis kemudiannya mengesan sebuah rumah yang didakwa menjadi lokasi dia ditahan. Menerusi satu operasi bersama, pasukan polis kedua-dua negara itu berjaya membebaskan wanita…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya