Wanita baharu habis pantang dituduh mencuri 95 jenis barangan - Utusan Malaysia

Wanita baharu habis pantang dituduh mencuri 95 jenis barangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU 26 Dis. – Seorang ibu yang baharu habis berpantang selepas melahirkan bayi perempuan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini atas tuduhan mencuri pelbagai jenis barangan bayi dan wanita bernilai RM5,686.95 di pasar raya Aeon di sini Jumaat lalu. Tertuduh, Nur Amirah Daud Latfi, 29, hanya menangis ketika pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Izuddin Mohd. Shukri. Mengikut pertuduhan, ibu kepada bayi berusia 46 hari itu didakwa dengan niat mencuri dalam bangunan 95 jenis barangan kelengkapan bayi dan wanita milik pasar raya Aeon Kota Bharu…

 

Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN