KAPAL persiaran Norwegian Jewel membuat kemunculan semula usai menjalani proses pengubahsuaian selama 10 bulan dan baru-baru ini memulakan perjalanan merentasi lautan ke Asia Tenggara. Norwegian Jewel merupakan kapal pelayaran yang dikendalikan Norwegian Cruise Line (NCL), berpangkalan di Amerika Syarikat. Ia memulakan perkhidmatan sejak tahun 2005. Perubahan yang dilakukan meliputi ruang bilik penginapan daripada aspek rekaan dalaman, dekorasi restoran lebih versatil di samping kemudahan tempat rekreasi di atas dek kapal seperti gelanggang bola keranjang dan kolam renang selain gimnasium. Naib Presiden Jualan Asia Norwegian Cruise Line Holdings Ltd., Felix Chan berkata,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya