PUTRAJAYA 29 Dis. – Perasmian Perhimpunan Agung Tahunan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Kali Kedua di Dewan Plenari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) tertangguh 30 minit apabila dewan itu gagal dipenuhi dengan perwakilan parti.
Video oleh JUANI MUNIR ABU BAKAR
Malah pengacara majlis terpaksa membuat pengumuman lebih lima kali agar semua perwakilan memasuki dewan selain turut meminta agar perwakilan tidak berswafoto bagi mengelak kelewatan lebih lama untuk memulakan majlis.
Difahamkan, Pengerusi Bersatu, Tun Dr. Mahathir Mohamad menunggu terlebih dahulu di bilik menunggu kerana dewan masih kosong di bahagian belakang kerana kelewatan para perwakilan.
Sebelum Dr. Mahathir tiba, masih terdapat banyak kerusi kosong di bahagian tengah dan depan dewan manakala ruang tempat duduk belakang kelihatan lengang.
Dewan Plenari PICC itu boleh memuatkan hingga 3,500 orang. – UTUSAN ONLINE










